Monday, October 25, 2010

SEJARAH SEKOLAH


Tapak awal sekolah ini adalah sebuah Taman Rekreasi dan telah mula ditebusguna pada bulan Ogos, 1999.  Keseluruhan keluasan kawasan ialah 7.5 ekar dan memiliki geran No. 89035.  Majlis penyerahan kunci telah dilangsungkan pada 2hb. Mac, 2001.

Pada 1hb. Oktober 2000, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta telah melantik Encik Abdul Rahim b Haji Abdulah Azizi sebagai “Caretaker” untuk mengurus hal logistic dan membuat persiapan awal sebelum sekolah dibuka.  Selama lapan bulan beliau bertugas seorang diri sehingga PPD Kinta menghantar Encik Arifuddin Kamaluddin sebagai Pembantu Tadbir serta dua orang staf pejabat.  Pada 1 hb Jun 2001, Encik Mohd Azaudin Yeop Md Rose telah dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.  Sekolah beroperasi pada 15 Julai, 2001 dengan 16 orang guru perintis untuk memulakan sesi persekolahan penuh dengan nostalgia manis.  Jumlah murid ketika itu seramai 468 orang pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Sekolah Kebangsaan Tambun, dan Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong. Guru Besar kedua Puan Jamaliah binti Zamri mengambilalih tugas sebagai guru besar setelah Encik Mohd Azauddin Yeop Md Rose ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta untuk menjawat jawatan sebagai Penyelia Kokurikulum Daerah Kinta.  Sebagai kesinambungan tugas         Puan Jamaliah bt Zamri yang memulakan tugas pada 29 Disember, 2004 telah banyak merancang dan melaksanakan tugas demi kecemerlangan sekolah ini.

Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Raja Chulan mempunyai bilangan murid seramai 513 orang, 45 guru, 10 kakitangan sokongan, 4 orang pekerja kontrak dan 2 orang pengawal keselamatan. 
Sekolah Kebangsaan Raja Chulan telah menjadi “benchmark” Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam bengkel Kemahiran Hidup.  

No comments:

Post a Comment